BERITA UTAMA
Sempat fikir anak masa tengah sakit, Azlee bersyukur keluarga cepat bertindak

Sempat fikir anak masa tengah sakit, Azlee bersyukur keluarga cepat bertindak

KUALA LUMPUR – Bila usia sudah makin meningkat, maka kesihatan adalah salah satu faktor penting yang perlu dijaga ditambah pula kini ada banyak penyakit.

Apabila terlalu sibuk bekerja, kadangkala pemakanan pun tidak terjaga dan akhirnya boleh terkena serangan jantung.

Pelawak Azlee mendedahkan sakitnya terkena serangan jantung hingga dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Menurut Kosmo! Online, Azlee hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil ditemani isteri dan anak sulungnya.

Di saat diri dilanda kesakitan, pelakon Lagi Lagi Senario itu mendakwa dia sempat berfikir akan seorang lagi anaknya yang sedang menyambung pengajian di Melaka.

“Semasa kena serangan jantung, dada saya sempit, terbakar dan susah bernafas. Saya pandang muka isteri dan anak sulung saya.

“Fikiran saya teringkatkan anak yang belajar di kolej Melaka. Mengucap saya sambil cakap ‘ya Allah, kalau mahu panjangkan umur, kau buatlah, tetapi kalau nak ambil aku, aku tidak tahan aku reda’.

“Cerita fasal pemikiran, saya mengucap banyak. Minta Allah ampunkan dosa dan sempat cakap kepada isteri ampunkan dosa, jaga anak saya di Melaka sambil meleleh air mata saya,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Tambahnya, tindakan keluarga yang cepat membawanya ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut berjaya selamatkan nyawanya.

“Oleh kerana saya bernasib baik berlaku di rumah, isteri dan anak cepat-cepat bawa ke klinik.

“Allah sayangkan saya dan doktor kata kalau lambat lima minit, saya mungkin tiada dalam dunia ini.

“Saya amat bersyukur doktor selamatkan saya. Ada lebih kurang 15 orang yang rawat saya di IJN,” ujarnya.

Azlee turut memaklumkan bahawa dirinya baru sahaja beberapa hari selesai menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil). – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *