Berang lawan dapat penalti, pemain tampar muka pengadil lepas kena kad kuning

Berang lawan dapat penalti, pemain tampar muka pengadil lepas kena kad kuning

KUALA LUMPUR – Tidak berpuas hati keputusan dikenakan penalti, seorang pemain bola sepak amatur menampar muka pengadil perlawanan dalam kejohanan liga sosial di Kampung Baru di sini, semalam.

Pemain yang mewakili pasukan UKAY Positive FC itu tidak berpuas hati selepas pengadil memberikan keputusan sepakan penalti kerana dia menjatuhkan pihak lawan dalam kawasan kotak penalti.

Berikutan itu, pemain terbabit berang dan menampar muka pengadil sebaik dilayangkan kad kuning.

Pemain itu terus dibawa keluar padang oleh rakan sepasukan supaya tidak menimbulkan kekecohan melampau selepas dia dilihat gagal mengawal kemarahan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Manakala, pengadil perlawanan terus keluar dari padang sambil diiringi rakannya yang lain kerana mengalami kecederaan di bahagian muka.

Perlawanan itu bagaimanapun terpaksa dihentikan dan pihak penganjur memberikan kemenangan percuma kepada Pirates FC.

Tidak mendiamkan diri, pengurusan UKAY Positive FC memohon maaf atas insiden kekasaran itu.

“Kelab Bola Sepak Ukay Positive akur dan menerima tindakan penganjur Footy Premier League untuk memberikan kemenangan kepada FC Pirates pada perlawanan FPL 2024 Minggu ke-4 (11 Jun 2024).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kami mohon maaf atas insiden kekasaran dari pemain kami ke atas pengadil perlawanan dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak penganjur untuk mengambil tindakan.

“Sebagai sebuah kelab yang berdaftar, kami menekankan aspek disiplin dan ‘fair play’ dalam permainan. Kejadian malam tadi (Selasa) amat memalukan dan amat dikesali,” kata kenyataan itu.

Pengurusan pasukan itu memberi jaminan memastikan kejadian buruk seperti itu tidak berlaku lagi. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *