Iran luluskan enam calon untuk Pilihan Raya Presiden 28 Jun

Iran luluskan enam calon untuk Pilihan Raya Presiden 28 Jun

TEHRAN – Ibu Pejabat Pilihan Raya Iran telah mengumumkan senarai akhir calon presiden yang diluluskan oleh Majlis Penjaga, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Mohsen Eslami, jurucakap Ibu Pejabat Pilihan Raya Iran, mengumumkan nama-nama calon yang layak untuk Pilihan Raya Presiden ke-14, pada Ahad.

Majlis Penjaga, sebuah badan penyelia pilihan raya yang terdiri daripada 12 anggota, telah memuktamadkan senarai calon yang diluluskan lebih awal pada hari itu dan menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri.

Enam calon yang dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya pada 28 Jun adalah bekas Menteri Kehakiman Mostafa Pourmohammadi, bekas Menteri Kesihatan Massoud Pezeshkian dan Ketua Yayasan Syuhada dan Hal Ehwal Veteran Amirhossein Ghazizadeh-Hashemi, Datuk Bandar Tehran Alireza Zakani, bekas perunding nuklear Saeed Jalili dan Speaker Parlimen Mohammad Baqer Qalibaf.

Pilihan raya ini diadakan selepas presiden terdahulu, Ebrahim Raeisi terkorban bersama tujuh yang lain dalam satu nahas helikopter pada 19 Mei lepas. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *