Dua maut, 37 cedera kemalangan babitkan bas persiaran, treler

Nahas rombongan guru: Mangsa keempat meninggal dunia

KUANTAN – Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Ahad meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat tragedi itu kepada empat orang.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, mangsa Dahlia Ahmad, 52, meninggal dunia pada jam 9.15 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Sebelum ini, tiga mangsa dilaporkan maut iaitu penumpang bas, Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Hasnatul Adilah Hassan, 48, ketika ditempat kejadian, pemandu kedua bas, Hadi Ashraf Mad Idris, 29, yang maut ketika dalam perjalanan ke hospital Muadzam Shah, dan Hamzah Ahmad, 60, pembantu operasi sekolah, maut ketika menerima rawatan di HTAA.

Dalam kejadian tengah malam itu, sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau, Muadzam Shah, lapor AWANI.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas berkenaan gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh sebuah treler yang membawa muatan gelung besi, sebelum terbalik dan jatuh di cerun jalan.

Bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu bagi menghadiri program penanda aras.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati pemandu bas berkenaan gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh treler tersebut. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *