Vellfire jatuh parit, tiga rakan maut

JOHOR BAHRU – Tiga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dinaiki mereka terbabas jatuh dalam parit besar di Jalan Skudai di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa meninggal dunia adalah dua wanita dan seorang lelaki dewasa, masing-masing dipercayai sahabat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, PBK I Haizrul Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di lokasi mendapati terdapat sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire terbabas dan masuk dalam parit dengan kedalaman dua meter.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Terdapat tiga mangsa terperangkap ddalam kenderaan itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya melakukan operasi mengeluarkan semua mangsa dengan menggunakan tali dan strecher.

Katanya, kejadian berlaku berhampiran BMW Service Centre di hadapan Tune Hotel, Johor Bahru.

“Ketiga-tiga mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *