BERITA UTAMA

Bas rempuh treler, lima cedera

IPOH – Lima termasuk dua wanita mengalami kecederaan apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 290 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dan Gopeng bergegas ke lokasi.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas tersepit dan empat penumpang cedera. Bas yang membawa 26 penumpang itu dalam perjalanan ke selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, pihaknya telah mengeluarkan mangsa yang tersepit serta memberi rawatan awal kepada yang cedera, sebelum dihantar ke hospital berhampiran rawatan selanjutnya.

Beliau berkata, penumpang yang tidak cedera dihantar ke destinasi dituju menggunakan bas ekspres lain dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.45 pagi ini. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *