Ustaz Wadi kemalangan di Gerik, tiga kakitangan turut cedera ringan

GERIK – Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar bersama tiga kakitangannya terlibat dalam kemalangan jalan raya di laluan Gerik berhampiran Tasik Banding ketika dalam perjalanan ke Terengganu bagi menghadiri program syarikat.

Menurut kakitangan beliau, Hamizan Zulkifli, kejadian itu dimaklumkan pembantu peribadi Ustaz Wadi menerusi panggilan telefon kira-kira jam 1.30 pagi ketika rombongan kakitangan lain yang menaiki bas sudah menghampiri Jeli.

Hamizan berkata, mereka pada mulanya bercadang berpatah balik selepas menerima berita berkenaan, namun Ustaz Wadi memberikan isyarat supaya perjalanan diteruskan.

Berdasarkan maklumat diterimanya, kemalangan dipercayai berlaku ketika keadaan jalan licin, menyebabkan sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas ke laluan kenderaan dinaiki Ustaz Wadi sebelum merempuh bahagian hadapan kereta berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ustaz Wadi dan tiga kakitangan yang bersamanya kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Hamizan memaklumkan, Ustaz Wadi mengalami kesakitan di bahagian dada, manakala tiga kakitangan lain mengalami kecederaan ringan. Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana keempat-empat mereka dilaporkan selamat dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam perkongsian sama, Hamizan turut menjelaskan dakwaan yang menyebut kejadian itu merupakan kemalangan lama beberapa tahun lalu adalah tidak tepat.

Beliau meminta orang ramai mendoakan agar Ustaz Wadi dan ketiga-tiga kakitangan berkenaan diberikan kesembuhan serta dipermudahkan urusan rawatan mereka.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Hamizan turut berkongsi doa memohon ganjaran dan kebaikan daripada Allah SWT ketika menghadapi musibah, sambil mengingatkan orang ramai supaya terus mendoakan keselamatan serta kesihatan semua mangsa yang terlibat.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *