BERITA UTAMA

Nahas helikopter TLDM akibat haluan salah

KUALA LUMPUR – Faktor utama nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 23 April lalu akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan.

Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob memberitahu, ia memasuki laluan helikopter AW-139.

Perkara ini dimaklumkan ketika mengumumkan laporan penuh nahas helikopter TLDM.

Menurut beliau, kedua-dua helikopter didapati berada dalam keadaan selamat untuk terbang semasa hari kejadian.

Beliau turut mendedahkan punca sekunder nahas helikopter TLDM adalah ‘channelise attention’ oleh krew helikopter AW139 tertumpu ke arah penukaran haluan dan ini telah mengehadkan reaksi elak pelanggaran.

Dalam tragedi pada 23 April lalu, 10 anggota dan pegawai TLDM terkorban akibat dua helikopter berkenaan bergesel dan terhempas.

Kejadian berlaku ketika mereka menjalani raptai lintas hormat sempena ulang tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Mangsa terdiri daripada tujuh kru helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.

Susulan nahas itu, lembaga siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas dua helikopter terbabit.

Laporan interim insiden berkenaan pada 9 Mei lalu mengesahkan tahap kesihatan semua kru udara yang terlibat dalam nahas itu berada dalam keadaan yang baik untuk mengendalikan pesawat dan kedua-dua helikopter berkenaan berada dalam keadaan ‘airworthy’ (selamat untuk terbang) semasa hari kejadian. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *