BERITA UTAMA

Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama

BEIJING – Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Tiga angkasawan iaitu Ye Guangfu, Li Cong dan Li Guangsu bekerjasama untuk menjalankan misi di stesen angkasa lepas, termasuk pemasangan peranti perlindungan serpihan angkasa dan pemeriksaan terhadap kelengkapan di luar kabin.

Misi mereka selama lapan setengah jam itu dijayakan dengan sokongan lengan robotik dan ahli penyelidik dari bumi.

EVA itu selesai pada 6.58 petang Selasa waktu Beijing.

Menurut CMSA, Ye Guangfu dan Li Guangsu telah selamat kembali ke modul eksperimen Wentian. Ini juga EVA kali kedua bagi Ye dan kali pertama bagi Li. -BERNAMA-CMG

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *