Untung suku ketiga Cropmate meningkat 11 peratus

KUALA LUMPUR – Cropmate Bhd. mencatatkan peningkatan untung selepas cukai sebanyak 11 peratus kepada RM4.4 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026 berbanding RM4 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengeluar baja konvensional dan khusus itu berkata, hasil suku terkini meningkat 17.2 peratus kepada RM71.3 juta daripada RM60.9 juta.

Pertumbuhan itu didorong jumlah jualan lebih tinggi serta peningkatan purata harga jualan baja.

Keuntungan kasar berkembang lebih pantas sebanyak 23.3 peratus kepada RM11.6 juta daripada RM9.4 juta, manakala margin keuntungan kasar meningkat kepada 16.2 peratus berbanding 15.4 peratus sebelumnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, untung selepas cukai Cropmate melonjak 19.5 peratus kepada RM13.3 juta daripada RM11.2 juta, manakala hasil bagi tempoh sembilan bulan meningkat 27.6 peratus kepada RM198.1 juta daripada RM155.2 juta dan keuntungan sebelum cukai berkembang 16.4 peratus kepada RM17.7 juta.

Pengarah Urusan Cropmate, Lee Chin Yok berkata, pertumbuhan keuntungan dan hasil disokong permintaan kukuh terhadap produk baja serta pengurusan perolehan dan operasi yang lebih berdisiplin.

“Kami gembira mencatat satu lagi keputusan kukuh, dengan keuntungan sembilan bulan meningkat hampir 20 peratus dan hasil terus berkembang pada setiap suku tahun ini.

“Permintaan terhadap produk baja kekal kukuh, manakala peningkatan margin pada suku ini mencerminkan disiplin yang dibina dalam perolehan dan operasi,” katanya dalam kenyataan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jualan tempatan menyumbang kira-kira 98.3 peratus daripada hasil kumpulan bagi suku ketiga, manakala bakinya diperoleh daripada pasaran eksport termasuk China, Singapura, Mauritius dan Jepun.

Cropmate berkata, pasaran baja global terus dipengaruhi perkembangan geopolitik di Asia Barat yang mengganggu rantaian bekalan serta memberikan tekanan menaik terhadap harga.

Kumpulan menangani keadaan itu dengan mempelbagaikan sumber bekalan, mengukuhkan hubungan dengan pembekal dan mengekalkan inventori mencukupi bagi memastikan bekalan kepada pelanggan tidak terganggu.

Pada 10 November lalu, anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, Cropmate Fertilizer Bintulu Sdn. Bhd., memeterai perjanjian untuk memperoleh tanah perindustrian di Kawasan Perindustrian Kidurong Fasa II, Bintulu, Sarawak, pada harga RM12 juta.

Chin Yok berkata, cadangan pemerolehan tanah itu akan menyediakan asas bagi fasa pertumbuhan kumpulan seterusnya.

Katanya, Cropmate akan terus berhemat dalam menguruskan perolehan dan inventori ketika berdepan ketidaktentuan pasaran.

“Dengan prestasi sembilan bulan yang kukuh, kami memasuki suku terakhir tahun ini dalam kedudukan yang kukuh,” katanya.

Lembaga Pengarah Cropmate kekal optimis, namun berhati-hati bahawa keadaan pasaran semasa boleh memberikan kesan positif kepada prestasi kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *