KUALA LUMPUAR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa kerajaan menubuhkan Susuhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mencari solusi mengapa isu perkauman semakin menjadi jadi kebelakangan ini.
Penubuhan RCI, Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra, Mohamed Shahrin Ismail, bagi memastikan tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang akibat kegagalan kerajaan di waktu itu mendokong perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Kata beliau, pelanggaran perjanjian melibatkan isu perbezaan taraf ekonomi antara kaum membangkitkan soal kewarganegaraan, mencaci Raja Melayu, mempertikai hak keistimewaan orang Melayu yang mencetuskan kemarahan rakyat sehingga tercetus tragedi 13 Mei.
“Kerajaan Madani harus mengingatkan kembali perjanjian asal tersebut jangan sesiapa pun mengungkit soal hak keistimewaan orang Melayu Perkara 153, soal kedudukan institusi Raja-Raja Melayu Perkara 181(1) dan Perkara 181(2).
“Amaran keras perlu diberi kepada rakyat demi kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengingatkan kerajaan dan juga kepada semua rakyat Malaysia, isu perkauman yang semakin menjadi-jadi ini berpunca atas kegagalan pelaksanaan dan pelanggaran perjanjian yang telah dipersetujui seperti hak kewarganegaraan Perkara 159(5), Perkara 38 mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu, Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu, Perkara 153 mengenai hak keistimewaan orang Melayu.
Putra juga katanya, mengingatkan, semua perkara tersebut tidak boleh dipinda, melainkan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu yang diberikan hak dan amanah seperti terkandung dalam Perkara 181(1) dan Perkara 181(2) walaupun kuasa majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat menginginkan perubahan pindaan wajib mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.
Kata Mohamed Shahrin, kebebasan bersuara yang dijamin dalam perlembagaan bukan bermakna sesiapa boleh semborono menyentuh perkara sensitiviti rakyat, malah akibatnya tercetus tragedi 13 Mei 1969.
“Adakah pindaan Perkara 63(2) pada 1971 melarang sesiapa sahaja termasuk Ahli-ahli Parlimen membangkitkan perkara yang disifatkan sensitif oleh Akta Hasutan tidak dipedulikan?
“Jika dilihat sekarang ini, semakin menjadi-jadi dan penguatkuasaan pelaksanaan hanya kepada sebelah pihak yang makin menjadi percikan api untuk terjadinya perbalahan yang lagi besar.
“Janganlah pisang berbuah dua kali. Justeru, gesaan Putra agar ditubuhkan RCI untuk mencari punca mengapa perkauman semakin menjadi-jadi ini perlu disegerakan, bukan tubuh RCI nyahklasifikasi laporan 13 Mei yang pasti akan menyemarakkan semula api perkauman,” katanya. – NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252