BERITA UTAMA

Lee Hock Seng dilantik Pengerusi Eksekutif Kumpulan Magma

KUALA LUMPUR – Magma Group Berhad (Magma), sebuah kumpulan pegangan pelaburan dan hospitaliti yang dinamik, hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Lee Hock Seng sebagai Pengerusi Eksekutif yang baharu berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Ismail @ Farouk Abdullah.

Peralihan kepimpinan itu adalah sebahagian daripada pelan strategik yang rapi, sekali gus mencerminkan komitmen Magma terhadap kesinambungan dan kepimpinan yang mantap.

Kumpulan Magma berkata, Lee Hock Seng adalah individu yang tepat untuk menerajui syarikat mengharungi cabaran dan peluang masa depan bagi memastikan trajektori pertumbuhan Magma kekal mampan dan berterusan.

Peralihan kuasa itu menunjukkan Kumpulan Magma kekal teguh dengan komitmennya untuk menegakkan tadbir urus korporat yang unggul dan mengamalkan perniagaan beretika di bawah kepimpinan yang baharu.

Dengan langkah peralihan ini, syarikat yakin ia berupaya untuk meraih keunggulan pasaran yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan sumbangannya kepada landskap ekonomi dan sosial.

Ismail berkata, melihat Kumpulan Magma muncul lebih kukuh dan berdaya tahan amatlah membanggakan.

“Saya yakin Datuk Sri Lee Hock Seng adalah individu tepat untuk menerajui Magma pada fasa seterusnya. Pengetahuan beliau yang mendalam mengenai operasi syarikat, kefahaman dinamik pasaran serta pandangan strategik yang bernas akan menjadi aset tidak ternilai yang memacu Magma ke tahap lebih tinggi,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Lee Hock Seng berkata, beliau amat berbesar hati diberi kepercayaan untuk menerajui Magma pada masa ini.

“Saya komited untuk kukuhkan asas sedia ada dan memacu Magma ke arah pertumbuhan lestari, memastikan nilai terus dijana untuk para pemegang saham dan pihak berkepentingan kami,” ujarnya. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *