BERITA UTAMA

Atalanta layak ke Liga Juara-Juara

ROME – Atalanta layak ke Liga Juara-Juara awal pagi tadi selepas menang di Lecce 2-0 bagi persiapan ringkas menjelang final pertama mereka di Eropah.

Gol daripada bintang serangan Charles De Ketelaere dan Gianluca Scamacca memastikan Atalanta akan berakhir sekurang-kurangnya di tangga kelima Serie A, menjamin tempat buat mereka ke pertandingan kelab utama Eropah itu.

Atalanta, yang beraksi kurang satu perlawanan, unggul enam mata di depan pasukan tangga keenam AS Roma dengan berbaki dua pusingan musim ini.

Mereka turut mempunyai rekod pertembungan sesama sendiri yang lebih baik sekiranya terikat mata dengan lawan.

Anak buah Gian Piero Gasperini akan berdepan Bayer Leverkusen pada final Liga Europa awal pagi Khamis ini ketika musim memberangsangkan mereka mungkin diakhiri dengan kemuncak bersejarah.

Atalanta terlepas peluang merangkul trofi utama pertama sejak 1963 pada pertengahan minggu apabila mereka tewas pada final Piala Itali di tangan Juventus.

Sekiranya mereka muncul pasukan pertama di Dublin untuk menundukkan juara Jerman, Leverkusen musim ini Atalanta mungkin memberikan slot tambahan Liga Juara-Juara kepada Serie A, tetapi jika mereka tidak berakhir dalam kelompok lima teratas.

Atalanta satu mata di belakang Bologna dan Juventus, yang menghuni tangga ketiga dan keempat dan dibezakan dengan perbezaan gol menjelang pertembungan mereka awal pagi Selasa ini. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *