‘Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu’ – Netanyahu

BAITULMAQDIS – “Kami bersedia berperang bersendirian tanpa menggunakan senjata.”

Kenyataan itu dikeluarkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyangkal ikrar Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk menghentikan bekalan senjata ke Israel jika mereka menyerang Rafah.

“Kami di ambang Hari Kemerdekaan. Dalam peperangan 76 tahun lalu, kami tidak mempunyai senjata kerana terdapat sekatan senjata terhadap Israel.

“Namun anggota tentera kami pada masa itu, berbekalkan semangat perjuangan, berjaya mencapai kemenangan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Hari ini kami lebih kuat dan bertekad untuk menumpaskan pihak lawan yang ingin menghancurkan kami.

“Jika perlu, kami akan berjuang menggunakan hanya kuku kami,” katanya.

Komen itu menyusul selepas ‘amaran’ Biden bahawa AS akan ‘menghentikan bekalan senjata’ jika Israel menumpukan operasi ke Rafah, bandar selatan Gaza di mana lebih sejuta pelarian Palestin sedang berlindung.

Kereta kebal Israel menguasai bahagian Palestin di sempadan Rafah yang melintasi Mesir awal minggu ini.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata, tetapi setakat ini tidak mengarahkan tentera memasuki bandar itu.

Israel mendakwa, terdapat empat batalion pejuang Hamas berpangkalan di sana.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *