DSA & NATSEC Asia 2024: TKPN luang masa ke reruai pameran

TIMBALAN Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay meluangkan masa melawat reruai Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Turut mengiringi lawatan ialah Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Datuk Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.

Sepanjang lawatan, Ayob Khan menyaksikan ruang pameran terbesar yang mempromosikan pelbagai teknologi sistem elektronik, simulator, senjata dan peluru, sistem marin, platform penerbangan, sistem tanpa pemandu, peluru berpandu, kenderaan berperisai serta pelbagai lagi aset canggih.

Ayob Khan turut berpeluang menguji setiap satu peralatan yang dipamerkan.

Antara ruangan pameran yang dilawati ialah Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Westar Aviation Services, Sapura, Augmented Knowledge, Mind Matics, System Consultancy Services Sdn. Bhd. dan Galaxy Aerospace Airworthiness Expert.

Dalam sesi lawatan itu, Ayob Khan berpeluang mengadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di salah sebuah reruai di MITEC yang kebetulan bercemar duli membuat lawatan di situ. – NasionalDaily

Kredit Jurugambar PDRM RMP TV

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *