BERITA UTAMA

Faisal Halim semakin stabil

SHAH ALAM – Keadaan pemain kebangsaan, Faisal Halim, susulan menjalani pembedahan kedua susulan disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali kini makin stabil.

Ketika ini, Faisal sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam susulan disimbah asid pada Ahad lalu.

Dia mengalami kelecuran tahap empat dan telah menjalani pembedahan kedua pada sebelah petang dan kini berada dalam keadaan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan, Faisal Halim telah selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam dan keadaannya makin stabil.

Asid sulfurik pekat merupakan bahan kimia yang digunakan oleh si pelaku ketika menganiaya Faisal hingga menyebabkan beberapa anggota badan termasuk mukanya melecur tahap empat. – Stadium Astro

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *