BERITA UTAMA

Pemandu lori maut dihempap paip

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian kerja memuat dan memunggah paip di sebuah kilang di Simpang Ampat dekat sini, pada Khamis lalu, selepas insiden seorang pemandu lori maut dihempap paip.

Pengarahnya, Hairozie Asri berkata, pihaknya juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan bagi dibentangkan kepada JKKP Pulau Pinang.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan selepas menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan lelaki berusia 60 tahun berkenaan yang dihempap enam ikat hollow pipe dengan berat melebihi 5,000 kilogram pada 29 April lalu.

“Mangsa adalah pemandu lori di kilang itu dan dia telah pergi ke gudang penyimpanan rasuk dan hollow pipe selepas makan di kantin sebelum dihempap paip tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JKKP Pulau Pinang akan menjalankan siasatan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan saksi, selain mengadakan lawatan susulan selepas tindakan penambahbaikan diambil kilang tersebut. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *