Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia

KIEV – Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata Presidennya, Volodymyr Zelenskyy.

Bagaimanapun, Zelenskyy tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian itu.

Dalam sebuah ucapan melalui video, beliau juga berkata Rusia telah menggunakan lapan peluru berpandu pelbagai jenis dan hampir 70 bom udara berpandu terhadap komuniti dan barisan hadapan pada siang hari.

Serangan itu dilancarkan selepas tentera udara Ukraine menembak jatuh 13 dron Shahed yang menyasarkan wilayah Kharkiv dan Dnipro semalaman.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.

Tambah beliau, Sidang Kemuncak Keamanan Ddunia yang berlangsung di Switzerland Jun depan, perlu diteruskan walaupun tanpa penyertaan Rusia.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *