KUALA LUMPUR – Aliff Aziz berharap Sarah Yasmine, individu yang mendakwa kekasihnya gembira dengan perhatian diraih susulan pelbagai pendedahan mengaibkan di Instagram (IG) sejak akhir-akhir ini.
Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, turut mengingatkan Sarah agar sentiasa berwaspada kerana setiap perbuatan pasti ada kesannya.
“Saya harap kau ‘enjoy five minutes of fame’ (kemasyhuran sementara) dan dapat tidur lena pada waktu malam.
“Tapi, kena hati-hati kerana apa sahaja yang kita buat, pasti akan ada kesannya. Kita tidak boleh hendak putar kembali masa.
“Terima kasih dan selamat tinggal,” katanya dipetik Berita Harian yang melaporkan ketika diminta meninggalkan pesan kepada Sarah ketika ditemuramah dalam podcast The Common Folks, malam tadi.
Berkongsi perasaan selepas mendapat tahu pendedahan Sarah hingga membabitkan selebriti lain, Aliff terkejut dengan apa yang berlaku.
“Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Apa niat dia sebenarnya kerana apa yang dilakukannya itu mengeruhkan lagi keadaan. Untuk apa dedahkan perkara yang tidak ada kena mengena dengan kau seperti segala mesej perbualan saya.
“Bagaimana kau boleh kata apa yang kau buat itu hanyalah kerana cinta dan ingin membantu? Tiada siapa yang suruh dia bertindak seperti itu atau masuk campur dalam kemelut rumah tangga saya.
“Perasaan saya ketika ini adalah hanya dia (Sarah) sahaja yang tahu niat sebenar mengapa dia berbuat begitu,” katanya.
Sebelum ini, Sarah hangat diperbualkan selepas memuat naik hantaran yang membuka episod baharu kecurangan Aliff, pelakon kelahiran Singapura itu.
Menerusi pendedahan dimuat naik dalam IG, wanita dipercayai kelahiran Singapura itu juga mendakwa Aliff dipergunakan Ruhainies.
Rentetan itu, pelbagai pendedahan lain dibuat Sarah di IGs yang turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Meerqeen, Anna Jobling, Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong dan pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252