‘Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ – Mohd Na’im

SHAH ALAM – Tindakan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menaja seramai 30 jemaah orang kurang upaya (OKU) penglihatan diharapkan menjadi contoh kepada syarikat pengendali umrah dan haji lain untuk berbuat perkara sama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau amat menyentuh hati apabila melihat mereka menunaikan ibadah tawaf dan umrah.

Dr. Na’im Mokhtar

“Tahniah saya ucapkan kepada pihak pengendali jemaah umrah, Andalusia atas keprihatinan tinggi menaja 30 jemaah umrah OKU Penglihatan.

“Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya berharap ia akan menjadi contoh kepada syarikat lain pengendali jemaah umrah turut berbuat perkara sama memberikan peluang kepada jemaah OKU lain untuk menunaikan umrah,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosial, Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, tular rakaman berdurasi 2 minit 11 saat yang memaparkan sekumpulan jemaah OKU penglihatan sedang menunaikan ibadah umrah.

Video yang dimuat naik di laman sosial milik syarikat pengendali umrah dan haji itu mengundang sebak orang ramai. – Laporan Sinar Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *