BERITA UTAMA

Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM

GUA MUSANG – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Kata beliau, berikutan penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

“Saya tidak berhasrat untuk memperincikan lagi maklumat lanjut berhubung kes itu, mengenai apa kesalahan yang dilakukan kesemua mereka.

“Biar SPRM meneruskan siasatan terlebih dahulu sehingga saya fikirkan satu masa yang sesuai untuk kita nyatakan hasil dapatan kes siasatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu di sini, hari ini. – Dipetik Astro Awani

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *