BERITA UTAMA

Polis buka kertas siasatan lelaki buat hantaran jelik insiden helikopter

BUKIT AMAN – Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik yang membuat komen jelik berhubung kemalangan dua helikopter di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5).

Katanya, siasatan dilakukan bawah Seksyen 14 AKta Kesalahan Kecil 1995, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita telah merampas satu unit telefon bimbit jenis Iphone 12 Pro yang dipercayai digunakan untuk membuat hantaran tersebut.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang terlibat.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam melalui media sosial.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *