BERITA UTAMA

Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal

LUMUT – Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadualkan bermula Jumaat ini dibatalkan, susulan nahas helikopter mengorbankan 10 kru di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.

Menurutnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Kepten Yang Dipertua TLDM akan berangkat ke majlis tahlil itu.

“Kita batalkan (acara sambutan), kita gantikan dengan majlis doa selamat pada hari Jumaat ni, tahlil dan doa selamat. Ini atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang merupakan Kepten Kehormat TLDM,” katanya dipetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian selepas melawat lokasi nahas di Stadium TLDM Lumut pada Selasa.

Beliau yang turut mengadakan pertemuan dengan keluarga mangsa memberi jaminan kerajaan akan membantu mereka

“Kita pihak kementerian, ATM dan TLDM akan menguruskan, bukan sahaja membantu menguruskan jenazah tetapi juga kita akan lihat kepada segala manfaat dan juga faedah-faedah yang sememangnya wajar diterima oleh balu dan juga keluarga mangsa,” katanya.

Menurutnya kesemua mangsa akan dikebumikan di lokasi mengikut permintaan keluarga masing-masing.

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *