NILAI – USIM Healthcare bakal menganjurkan Sunathon 2026, iaitu program berkhatan secara beramai-ramai pada 12 Disember ini, sebagai usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat menerusi pendekatan yang lebih mesra keluarga.
Program yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu itu turut disertakan dengan aktiviti pemeriksaan gigi bersama pakar pergigian bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan mulut.
Sunathon 2026 akan bermula pada jam 8 pagi di Klinik Pakar Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), manakala pemeriksaan gigi pula bermula jam 9 pagi di Klinik Pakar Pergigian USIM.
Selain menyediakan perkhidmatan berkhatan, penganjur turut menyusun beberapa aktiviti menarik bagi memberikan pengalaman lebih menyeronokkan kepada kanak-kanak yang menyertai program berkenaan.
Antara aktiviti yang disediakan termasuk persembahan Soopa Doopa, semburan air oleh anggota bomba serta permainan PS5 Gaming.
Bagi penyertaan Sunathon 2026, yuran yang dikenakan ialah RM190, termasuk kemudahan sesi pemeriksaan susulan secara percuma di Poliklinik Kesihatan USIM.
Penganjuran program berkenaan bukan sahaja memberi kemudahan kepada ibu bapa mendapatkan perkhidmatan berkhatan untuk anak-anak, malah membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan pemeriksaan pergigian serta meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan sejak usia muda.
Pendaftaran kini dibuka kepada orang ramai menerusi pautan https://tinyurl.com/sunathongigi2026 atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster program.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-8504926 atau WhatsApp 019-8608141.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
