BERITA UTAMA

Presiden UMNO ucap selamat bersidang

KUALA LUMPUR – UMNO sebuah parti yang mempunyai kekuatan dan rangkaian sehingga ke peringkat akar umbi, kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, kata beliau, persidangan di peringkat cawangan yang bermula hari ini adalah bukti parti itu mempunyai struktur yang mantap melebar sehingga ke 191 Bahagian dari Perlis hingga ke Sabah.

“Besarlah harapan saya agar persidangan kali ini dijadikan wadah untuk menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan.

“Ambillah ruang dan peluang untuk berbincang mengenai apa juga isu dengan penuh rasional dan berhikmah.

“Santunilah ahli dan dekatilah para pengundi agar mereka yakin bahawa agenda UMNO hanyalah untuk memastikan kestabilan politik negara dan menjamin kebajikan serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam perutusan kepada Cawangan UMNO yang bersidang dari hari ini hingga 2 Jun ini.

Menurut beliau, hakikatnya, cawangan yang aktif adalah nadi yang akan meneruskan denyutan perjuangan UMNO di bahagian dan di peringkat kebangsaan.

Kata Ahmad Zahid, persidangan itu platform menggarap strategi dan rancangan agar UMNO bersama untuk diperkuatkan.

“Semoga Allah SWT memberkati dan mempermudahkan segala urusan dalam melunaskan perjuangan demi memenuhi tuntutan agama, bangsa dan tanah air yang kita sama cintai ini.

“Kepada semua perwakilan cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri. Selamat bersidang! Inilah masanya untuk memperkukuh perpaduan, memperkasa kesatuan,” katanya. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *