BERITA UTAMA

Perubahan lokasi pengebumian Allahyarham Tun Hanif, kerajaan perlu jawab – Tok Him

KUALA LUMPUR – Apa sudah jadi, tegur Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berhubung perubahan lokasi pengebumian mantan Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali melahirkan rasa kesal dan sedih dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham tokoh yang terlalu banyak jasa kepada negara.

Katanya, kerajaan perlu siasat siapa punya angkara sehingga lokasi pengebumian bekas Ketua Polis Negara itu boleh berubah dan diperlakukan seperti tidak ada harga.

“Membaca kenyataan terkini daripada anak Allahyarham mengenai kontroversi lokasi pengebumian menunjukkan ia berlaku bukan atas permintaan keluarga.

“Perkara sebegini pun kerajaan Madani gagal nak uruskan. Amat kecewa dan menyedihkan.

“Pengebumian pun nak dipolitikkan. Hancur dah kerajaan ni,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berikut kronologi pengurusan pengebumian Allahyarham Mohammed Hanif sebaik dimaklumkan anaknya, Kapt (B) Abdul Rahmat Omar;

Berhubung dengan perkara ini, saya (Kapt Abdul Rahmat Omar) bagi pihak keluarga Allahyarham menafikan kenyataan dalam laporan media bertajuk, “Pertukaran lokasi itu difahamkan dilakukan atas permintaan ahli keluarga Allahyarham”.

Untuk memahami situasi sebenar, saya sediakan kronologi seperti berikut:

Jam 3.16 pagi: Saya mengeluarkan kenyataan pertama memaklumkan pemergian Allahyarham.

– 6.22 pagi: Saya memaklumkan bahawa jenazah akan berada di rumah sehingga jam 10 pagi untuk membenarkan sanak-saudara dan rakan taulan menziarah. Kemudian, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk urusan pemandian, pengkafanan dan sembahyang jenazah. Tiada maklumat pengebumian dapat diputuskan sehingga mendapat maklum balas Sekretariat PDRM dan Bahagian Kebajikan PDRM.

– 8.40 pagi: Saya mengeluarkan maklumat terakhir iaitu setelah disembahyangkan di Masjid Al-Ikhlas, jenazah akan dibawa ke Masjid PDRM Bukit Aman untuk penghormatan terakhir dan disembahyangkan sekali lagi sebelum dibawa ke Bukit Kiara.

– Lebih kurang jam 9.45 pagi, saya dimaklumkan oleh PDRM supaya mempertimbangkan untuk jenazah dibawa terus ke Masjid Negara untuk semua urusan sehingga pengebumian di Makam Pahlawan. Setelah berbincang dengan ibu saya, kami bersetuju. Ini merupakan maklumat dan komunikasi terakhir mengenai pengurusan pengebumian jenazah Allahyarham sehinggalah pengumuman dibuat oleh Imam Masjid Negara memaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan di Bukit Kiara.

Tidak ada sebarang perbincangan dilakukan oleh pihak protokol dengan keluarga, lebih-lebih lagi dengan saya sebagai waris dan wakil keluarga.

Kenyataan ini dibuat kerana terdapat khabar bahawa kami sekeluarga yang membuat permohonan pertukaran dan juga terdapat pihak-pihak yang sudah mula membuat andaian berbaur politik yang tidak sihat. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

One thought on “Perubahan lokasi pengebumian Allahyarham Tun Hanif, kerajaan perlu jawab – Tok Him

  1. KENYATAAN MEDIA KELUARGA ALLAHYARHAM TUN MOHAMMED HANIF BIN OMAR MENGENAI LOKASI AKHIR PENGEBUMIAN JENAZAH

    Tarikh: 22 April 2024

    UNTUK SIARAN SERTA-MERTA

    Kepada semua Ketua Pengarang:

    Rujukan: Laporan Malaysia Gazette bertarikh 20 April 2024 bertajuk Lokasi pengebumian Allahyarham Tun Hanif Omar diubah ke Bukit Kiara
    Oleh Kumara Sabapatty

    Berhubung dengan perkara di atas, saya bagi pihak keluarga Allahyarham menafikan kenyataan dalam berita tersebut yang seperti berikut:

    “Pertukaran lokasi itu difahamkan dilakukan atas permintaan ahli keluarga Allahyarham.”

    Untuk memahami situasi sebenar, saya sediakan kronologi seperti berikut:

    3.16 pagi: saya mengeluarkan kenyataan pertama memaklumkan pemergian Allahyarham.

    6.22 pagi: saya memaklumkan bahawa jenazah akan berada di rumah sehingga jam 10 pagi untuk membenarkan sanak-saudara dan rakan-taulan menziarah. Kemudian, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk urusan pemandian, pengkafanan dan sembahyang jenazah. Tiada maklumat pengebumian dapat diputuskan sehingga mendapat maklum balas Sekretariat PDRM dan Bahagian Kebajikan PDRM.

    8.40 pagi: saya mengeluarkan maklumat terakhir iaitu setelah disembahyangkan di Masjid Al-Ikhlas, jenazah akan dibawa ke Masjid PDRM Bukit Aman untuk penghormatan terakhir dan disembahyangkan sekali lagi sebelum dibawa ke Bukit Kiara.

    Lebih kurang jam 9.45 pagi, saya dimaklumkan oleh PDRM supaya mempertimbangkan untuk jenazah dibawa terus ke Masjid Negara untuk semua urusan sehingga pengebumian di Makam Pahlawan. Setelah berbincang dengan ibu saya, kami bersetuju. Ini merupakan maklumat dan komunikasi terakhir mengenai pengurusan pengebumian jenazah Allahyarham sehinggalah pengumuman dibuat oleh Imam Masjid Negara memaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan di Bukit Kiara.

    Tidak ada sebarang perbincangan dilakukan oleh pihak Protokol dengan keluarga, lebih-lebih lagi dengan saya sebagai waris dan wakil keluarga.

    Kenyataan ini dibuat kerana terdapat khabar bahawa kami sekeluarga yang membuat permohonan pertukaran, dan juga terdapat pihak-pihak yang sudah mula membuat andaian berbaur politik yang tidak sihat.

    TAMAT

    Kapt (B) Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff
    Tel: 019-2186447

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *