PAPAR – Belum ada keputusan sama ada kematian anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, KPD Lahad Datu antara individu yang disiasat dalam kes ini.
“Siasatan ke atasnya dijalankan sebab dia yang memiliki pistol berkenaan.
“Siasatan masih diteruskan dan setakat ini belum ada keputusan (untuk digantung tugas).
“Itu yang kita belum dapat keputusan (kecuaian)… selagi belum ada laporan penuh hasil siasatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat di sini, hari ini.
Tambah beliau lagi, siasatan masih diteruskan ketika ini dan belum ada perkembangan terbaharu mengenainya.
“Belum ada lagi (perkembangan), kita masih belum ada yang terbaharu.
“Siasatan masih diteruskan, setakat ini belum ada (keputusan),” katanya.
Terdahulu, dalam kejadian 16 April lalu, anak perempuan KPD Lahad Datu maut dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu.
Mangsa berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya pada jam 12.42 tengah hari.
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!