SHAH ALAM – Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Presiden PKR berkata, dalam berdepan beberapa isu berbangkit, semua Kabinet tiada masalah persefahaman dalam membincangkannya, namun beliau akui terdapat isu yang terpaksa dirundingkan di luar Kabinet.
“Yang di luar (Kabinet) suara-suara yang tidak semestinya mewakili suara kepimpinan, saya harus akui ada sedikit sebanyak hal yang dirungkai di luar jemaah menteri, tetapi setakat ini belum ada petanda keretakan kecil sekalipun, antara PH (Pakatan Harapan), UMNO-BN (Barisan Nasional), Sabah dan Sarawak.
“Yang ada hanya gerombolan-gerombolan desperados yang cuba adu domba dan saya beri tahu mereka good luck and goodbye, it will not work.”
“Bagi saya kerajaan ketika ini masih mantap dan kukuh,” katanya dalam ucapan pada Konvensyen 25 Tahun PKR, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini. – Bernama
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!