BERITA UTAMA

Tembakan di KLIA: Mohd Nur Hadith belum sedar

CYBERJAYA – Meskipun belum sedar, namun keadaan pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada dalam keadaan stabil.

Perkara itu dimaklumkan isteri mangsa, Siti Noraida Hassan, 38, yang memberitahun, suaminya, Mohd Nur Hadith atau lebih dikenali sebagai ‘Along’ belum sedar ketika ini.

Katanya, pihak hospital menyatakan suaminya berada dalam keadaan stabil biarpun belum sedar.

“Suami saya belum sedar dan menggunakan alat bantuan pernafasan ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Along sebelum ini selesai menjalani pembedahan usus di Hospital Cyberjaya pada Selasa.

Siti Noraida berkata, suaminya baru sahaja menjalani rawatan dialisis.

Menurutnya, rawatan dialisis terpaksa dilakukan oleh pihak hospital kerana buah pinggang suami terjejas.

“Saya amat berharap agar perkara ini (dialisis) hanya untuk sementara sahaja,” ujarnya penuh berharap.

Ditanya mengenai sumbangan orang ramai, katanya, dia sekeluarga menerima banyak sumbangan dan derma daripada orang ramai.

Jelasnya, perkara itu sedikit sebanyak mengurangkan beban dirinya kerana dia tidak bekerja dan hanya suri rumah sepenuh masa dengan menjaga tiga orang anak. – (Dipetik laporan Sinar Harian)

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *