BERITA UTAMA

Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma

KUALA LUMPUR – Seramai 10 individu termasuk tiga warga asing disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom ditahan semula oleh polis untuk disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Dari jumlah itu, tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, 10 daripada 18 individu itu sebelum ini telah direman bagi siasatan lanjut di bawah akta senjata api, namun kini ditahan semula di bawah Sosma.

Beliau berkata, tiga tahanan warga asing itu disambung tahanan mengikut Seksyen 130v (1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.

“Reman melibatkan tiga individu itu sebelum ini di bawah Akta Senjata api telah tamat semalam (Khamis).

“Kita menahan mereka untuk 28 hari lagi mengikut Sosma bagi siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, dekat sini pada Jumaat.

Terdahulu, Rusdi menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras baharu antara Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dan Asisten Komisioner Ravinder Singh Sarban Singh.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, tangkapan keseluruhan melibatkan kes Shalom itu adalah sebanyak 18 orang.

Jelas beliau, seramai 13 individu dalam tahanan polis pada masa ini, manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis.

Selain itu kata beliau, tiga individu telah dituduh di mahkamah iaitu dua di Mahkamah Kuala Lumpur dan dua lagi di Mahkamah Sesyen Klang.

Rusdi berkata, mereka yang masih ditahan ditempatkan di beberapa lokasi dan kebanyakannya di lokasi berpusat di Sentul.

Ditanya mengenai pemilikan pasport membabitkan tiga tangkapan warga asing itu, Rusdi berkata, kesemuanya mempunyai pasport sah.

Malah menurutnya, ada antara mereka terlibat dalam perniagaan di negara ini.

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *