Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat dua bangunan 

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Siniawan, Bau, dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Jawai Francis Kempas ketika dihubungi UtusanBorneo berkata, pihaknya menerima panggilan dari Bahagian Kecemasan Hospital Bau mengenai kejadian tersebut sekitar jam 2.20 petang Ahad. 

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bau. 

“Hasil siasatan polis mendapati ibu mangsa yang merupakan warga Indonesia telah membawa mangsa ke tempat kerja suaminya di tapak pembinaan di Siniawan sekitar jam 8.30 pagi Ahad. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ibu mangsa tidak menyedari mangsa terjatuh semasa membantu suaminya bekerja,” ujar beliau.

Susulan itu katanya, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu.

“Sementara itu, siasatan lanjut berhubung kes ini akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian mangsa,” jelas Jawai.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *