BERITA UTAMA

Tamrin Ghafar dipanggil polis

KUALA LUMPUR – Polis memanggil Datuk Tamrin Ghafar, 74, berhubung catatan blognya yang ‘meramalkan’ masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Bercakap kepada New Straits Times, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba itu berkata, beliau menerima panggilan telefon pada petang Isnin berhubung siasatan polis melibatkan catatan pada 4 April lalu.

“Saya terima panggilan daripada polis mengatakan ada laporan dibuat terhadap catatan blog terbaru saya bertajuk ‘10 tahun lagi, DAP akan jadi Tuan’,” katanya.

Beliau yang merupakan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam berkata, seorang pegawai menghubunginya semalam dan memperkenal diri sebagai pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman memohon kerjasamanya berhubung siasatan berkaitan blog itu.

Dia tanya saya, bila saya boleh datang untuk memberi kenyataan. Memandangkan hari raya, saya cadangkan sedikit masa minggu depan.

“Saya kata mungkin pada hari raya kelapan atau kesembilan, tetapi sekarang saya buat keputusan pergi pada 16 April,” katanya.

Tamrin dijadualkan berjumpa pegawai penyiasat di Bukit Aman pada jam 10.30 pagi pada Selasa ini.

“Saya tiada masalah memberi kerjasama kepada pasukan penyiasat. Lagipun ini bukan kali pertama saya dipanggil polis berhubung penulisan saya.

“Saya hanya berkongsi pemikiran saya mengenai masa depan, berdasarkan apa yang berlaku pada masa ini antara parti-parti.

“Dengan orang Melayu bertelagah sesama mereka mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan kekacauan berkaitan, ramalan saya mungkin tidak jauh tersasar,” katanya. – NST

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *