BERITA UTAMA

Tilawah al-Quran berlangsung Mei dan Oktober ini – Dr. Zulkifli

PETALING JAYA – Perubahan jadual bagi Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa menyebabkan timbul tanda tanya dalam kalangan rakyat negara ini.

Jika sebelum ini, dua acara itu diadakan sepanjang Ramadan secara tradisinya, namun selepas dunia dilanda pandemik Covid-19, tarikh bagi dua tilawah itu telah ditunda.

Justeru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan cuba memperbetulkan kekeliruan itu dengan menyatakan, tilawah al-Quran tidak dianjurkan tahun ini, tidak benar sama sekali.

Katanya, beliau ada menerima beberapa tangkap layar yang mendakwa mengenai perkara itu.

“Saya tegaskan kenyataan ini tidak benar. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun menetapkan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Kebangsaan diadakan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang.

“Manakala Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa akan diadakan pada 5 hingga 12 Oktober ini,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, semalam.

Zulkifli turut menasihatkan orang ramai untuk sama-sama menyemak kebenaran fakta sebelum disebarkan selaras dengan firman Allah dalam Surah Al-Hujurat membawa maksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya”.

“Sempena dengan 10 malam terakhir bulan Ramadan ini, marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah kita dan meninggalkan perkara yang sia-sia. Wallahua’lam,” katanya lagi. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *