Satu kes kematian akibat strok haba di Pahang – Zahid

KUALA LUMPUR – Satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan berlaku setakat ini membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kes kematian itu berlaku di Maran, Pahang pada 2 Februari lalu.

“Kita bersyukur kita belum berada di tahap ketiga iaitu gelombang haba ekstrem, namun ini boleh berlaku bila-bila masa jika kita lihat perubahan iklim dan berlakunya penipisan lapisan ozon menyebabkan negara kita tidak terlepas daripada cuaca panas ekstrem,

“Mudah-mudahan kita berusaha dengan cara yang baik termasuk pembenihan awan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Angkatan Tentera Malaysia di beberapa kawasan tertentu,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Menjawab celahan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mengenai kos pembenihan awan, Ahmad Zahid berkata, setiap operasi berkenaan melibatkan belanja kurang RM100,000 dan ia bergantung kepada keadaan awan dan tiupan angin yang sesuai. – BERNAMA

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *