PATTALUNG (THAILAND): Dua lelaki warga Malaysia maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan treler di Pattalung, Selatan Thailand petang semalam.
Timbalan Polis Khao Chaison, Left Kol Pol Kiatichai Kuamit, berkata siasatan awal mendapati kereta dinaiki empat warga Malaysia dan dipandu seorang warga Thailand itu rosak teruk, dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah treler.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berumur 58 dan 63 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi penumpang berusia 23 tahun dan 73 tahun, serta pemandu kereta berusia 41 tahun, parah.
“Setakat ini, identiti warga Malaysia yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti dan polis masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!