BERITA UTAMA

Pelajar tajaan YBR mangsa kebakaran 10 rumah terima bantuan

PAPAR – Nasib malang seorang penuntut yang tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini, mendapat perhatian Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Penuntut itu yang merupakan penerima tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) menerima sumbangan dari YBR bagi meringankan bebannya membeli peralatan pengajian.

Sumbangan penuh bermakna itu disampaikan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani yang berkunjung rumah tumpangan sementara penuntut berkenaan, Norwardina, 21, di sini, hari ini.

“YBR bertindak menyantuni Norwardina, penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas kita mendapat tahu dia antara mangsa kejadian 10 rumah terbakar di Kampung Laut Bongawan minggu lalu.

“Sungguhpun bantuan ini tidak mampu membantu sepenuhnya, tetapi diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung untuk membeli keperluan dan peralatan pengajiannya dan persekolahan adik-adik.

“YBR prihatin dengan musibah yang dihadapi Norwardina dan keluarga. Kita harap akan ada pihak di luar sana tampil membantu dalam bentuk bantuan tunai atau lain-lain kerana mereka amat mememerlukan,” katanya.

Turut hadir, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Kata Syaiful Rizal, rombongan YBR amat terkesan melihat kediaman penduduk hangus dan musnah dalam tragedi kebakaran itu yang menyebabkan semua penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Beliau berharap, Norwardina dan keluarga dipermudahkan segala urusan di bulan Ramadan ini dan juga mendapat lindungan Allah.

Sementara itu, Norwardina ketika temui mengucapkan terima kasih kepada YBR kerana sudi hadir untuk melihat sendiri keperitan mereka sekeluarga.

Ujarnya, beliau bersyukur dengan bantuan itu dapat membantu membeli peralatan persekolahan untuk adik-adik yang masih bersekolah, di samping dirinya meneruskan pengajian di UMS.

Untuk rekod, sepanjang tahun lalu, YBR memperuntukkan lebih RM335,000 pemberian sumbangan bagi membantu yang kurang bernasib baik serta bertujuan meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan. – NasionalDaily

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

google-site-verification: google522aa00c440a0d35.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *