KUALA LUMPUR – Adakah pemimpin Pakatan Harapan (PH) sudah puas bergabung dengan UMNO sehingga mempersoalkan mengenai keadaan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?
Persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer (Jelutong) yang mempertikaikan di Parlimen kenapa Najib tidak digari di mahkamah menyentuh perasaan seluruh ahli UMNO.
“Apakah DAP atau PKR pasti merestui soalan yang dibangkitkan pemimpin mereka ini?
“Mereka (tentu) tahu orang UMNO amat sensitif dengan isu Najib. UMNO yakin Najib tidak dapat perbicaraan adil.
“Membangkitkan isu itu seolah mahu menendang UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan. Mungkin BN (Barisan Nasional) tidak diperlukan lagi oleh PH,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.
Tegas beliau, pertanyaan RSN Rayer itu sangat tersirat. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!