Muhyiddin diminta beri kerjasama siasatan kes 3R

Kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu belum dibincangkan

KUALA LUMPUR – Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berikutan kematian wakil rakyatnya, Lee Kee Hiong Khamis lalu belum dibincangkan Pakatan Harapan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana penghormatan perlu diberikan kepada keluarga mendiang untuk berkabung.

“Tidak bincang lagi, tidak bincang apa-apa lagi. Baru lagi (pemergian mendiang). Kita hormat elok-eloklah. Kita tidak bincang lagi.

“Setakat ini, kita tak ada apa-apa. Biar keluarga dia berkabung dahulu barulah kita nak cakap politik,” katanya.

Mendiang Lee, 58, ialah ADUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 meninggal dunia kerana kanser.

Dalam perkembangan berkaitan, BN telah menyatakan ia tidak akan mengetengahkan calon di Kuala Kubu Baharu sebagai tanda setia kawan kepada rakan dalam kerajaan perpaduan. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *