SEREMBAN – Seorang maut akibat tersepit dalam kereta yang bertembung dengan sebuah lori kontena di KM258.0 Lebuhraya PLUS arah Selatan tengah malam tadi.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan KKM sebaik tiba untuk memberikan rawatan.
Komander Operasi, TPgB II Mohamad Idris berkata, JBPM Negeri Sembilan menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 12.41 tengah malam.
Katanya, bertindak atas maklumat, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dan BBP Seremban 2 telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan jumlah 13 anggota.
“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza dan sebuah lori kontena. Terdapat dua mangsa terlibat.
“Pemandu kenderaan jenis Perodua Bezza berada dalam keadaan selamat, manakala seorang lagi mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba menggunakan ‘rescue tools’.
Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!