BERITA UTAMA
Sambutan memperingati hubungan diplomatik Malaysia-China ke-50 di Melaka, ditangguhkan

Dr. Akmal lantang isu stoking tertera kalimah Allah ada asas konkrit – Ab. Rauf

AYER KEROH – Kelantangan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart baru-baru ini sebagai berasas.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang didesak beberapa pemimpin DAP agar ‘menutup’ mulut Dr. Akmal, menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu lantang sebagai suara umat Islam.

“Dia lantang dia ada asas yang konkrit. Dia mewakili suara umat Islam seluruh negara, bukan mewakili parti, memandangkan isu berkenaan jelas mengguris hati semua pihak.

“Meletakkan kalimah Allah Yang Maha Suci pada stoking perbuatan menghina Islam dan mengguris hati umat Islam Malaysia. Sedangkan dalam Perlembagaan, kita kena menghormati hak agama masing-masing.

“Kebiadaban syarikat mencetak dan menjual stoking kalimah Allah tidak boleh diterima dan walaupun kami orang politik, tetapi tidak mengubah pendirian kami mengenai agama,” katanya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, malam tadi.

Menurut Ab. Rauf, isu berkenaan perlu diselesaikan secara pragmatik dan tidak diambil mudah oleh mana-mana pihak bagi memastikan ianya tidak berulang.

Terdahulu, kelantangan Dr. Akmal berhubung kontroversi berkenaan termasuk menggerakkan usaha boikot ‘menjentik’ reaksi beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Dr. Akmal turut dilaporkan tetap tidak berganjak untuk memboikot KK Mart sebagai pengajaran kepada pihak yang menghina Islam. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *