KUCHING – Peminat bola sepak di Sarawak berpeluang menyaksikan perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menerusi skrin gergasi.
Skrin itu disediakan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri di Dataran Perayaan Petra Jaya, awal Jumaat ini.
Menurut Pengarahnya, Lamat Nyalau, siaran lintas langsung bermula jam 2 pagi dari Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat yang menyaksikan perlawanan Malaysia dengan skuad tuan rumah Oman.
Kata beliau, perlawanan kedua pasukan itu bagi memastikan tempat terdahulu dalam saingan peringkat kumpulan.
“Kita anjurkan program (skrin gergasi) ini untuk menyokong pasukan Harimau Malaya kita dalam visi mereka merealisasikan kelayakan ke Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027.
“Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan komuniti setempat turut serta dalam aktiviti riadah yang sihat selari dengan Agenda 3 di bawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu ‘Kesihatan dan kesejahteraan Yang Baik’,” katanya.
Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik menanti penonton pada awal pagi itu seperti ‘Cabaran Sepakan Penalti’, ‘Cabaran Aksi Jugel’, cabutan tiket bertuah dan pengusaha trak jualan makanan.
Selain itu, kata Lamat lagi, JBS Sarawak juga menyediakan Pek Sahur Percuma kepada penonton yang hadir di dataran itu.
“Sama-sama kita memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya,” katanya. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!