BERITA UTAMA

Wanita maut kereta Bezza terbabas

SELAMA – Seorang wanita maut ditempat kejadian apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Bukit Bertam di sini, petang semalam.

Mangsa didapati terperangkap ditempat pemanduan kereta jenis Perodua Bezza dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, PBK II Hafidz Md. Rahim berkata, sebaik menerima panggilan jam 6.06 petang dari JBPM Perak, pihaknya bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi.

“Bertindak atas maklumat, tujuh anggota bomba dari BBP Selama telah bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera LFRT sejurus selepas panggilan diterima.

“Kita terima maklumat sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu seorang wanita telah terbabas dan terbalik di bahu jalan. Wanita tersebut didapati telah terperangkap dalam kenderaan itu.

“Anggota kami bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dari kenderaan dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun, kata Hafidz, sebaik mangsa berjaya dikeluarkan, pegawai perubatan KKM yang memeriksa telah mengesahkan wanita ini telah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *