BERITA UTAMA

Buat kecoh di masjid: Mahkamah arah wanita jalani pemantauan psikiatri

GEORGE TOWN – Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengarahkan wanita warga emas yang baru-baru ini tular kerana membuat kecoh di Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi dihantar ke Hospital Bahagia untuk menjalani pemantauan selama sebulan dan mendapatkan laporan psikiatri.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi terhadap Sofiah Abdul Majid, 65, berikutan keadaan mental tertuduh tidak stabil.

Terdahulu, tertuduh tidak menyatakan sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan ditanya sama ada faham atau tidak pertuduhan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Sofiah telah membuat satu pernyataan zahir bahawa ‘Imam dan Bilal Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Ferringhi membaca al-Quran seperti anjing menyalak yang dirasuk hantu Cina atau Hindu’, dengan niat disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan orang tersebut.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada jam 10 malam, 12 Mac lalu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwa Raya Negeri, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 April sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut selepas menerima laporan pemeriksaan psikiatri. – BERNAMA

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *