Polis buka dua kertas siasatan terhadap KK Mart

KUALA LUMPUR – Bukit Aman mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan terhadap laporan polis berhubung penjualan stoking tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart Sunway.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, sebanyak 42 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berkaitan isu itu.

Katanya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan.

“Kes ini masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Polis turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial,” katanya. – NasionalDaily

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *