KUALA LUMPUR – Bagi memastikan kualiti makanan dan minuman terjaga dari segi kebersihan dan keselamatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan anggota penguatkuasanya ke bazar Ramadan untuk memantau.
Petugas dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL diketuai Timbalan Pengarah Kanan, Dr. Nor Halizam Ismail bersama 13 pegawai telah melakukan pemantauan kesihatan di Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak.
Sebanyak 115 sampel makanan telah diambil untuk dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan JKAS DBKL.

Persampelan bertujuan untuk memantau kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual kepada orang ramai.
“Pemeriksaan mikrobiologi seperti kuman salmonella tyhi, E-Choli dan Coliform yang merupakan indek pengukuran kebersihan makanan yang di jual.
“Sekiranya berlaku pelanggaran atau pencemaran tindakan denda atau kompaun akan dikenakan kepada peniaga.
“Hal ini berkaitan juga dengan kes keracunan makanan yang dilaporkan dari bazar-bazar Ramadan Kuala Lumpur, di mana berdasarkan e-notifikasi oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, KKM melaporkan sebanyak 43 kes pada 2022 dan 62 kes pada tahun 2023,” katanya.
Katanya, pihak JKAS juga melakukan pemeriksaan berkait kehendak kesihatan pada pengendali makanan.
Sebagai contoh, kata beliau, teguran dan nasihat diberikan kepada peniaga yang menggunakan stapler pada bungkusan makanan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.
“Hasil pemeriksaan didapati kebanyakan peniaga bazar mempunyai suntikan typhoid, menjaga kebersihan tapak bazar, tidak menggunakan polistrene dan tidak terdapat pembantu warga asing.
“Seiring dengan matlamat pembangunan mampan (SDG), penjaja disarankan untuk tidak menggunakan styroform dan polistrene untuk membungkus makanan, tidak menggunakan penyedut minuman plastik serta mengganti penggunaan beg plastik kepada bahan yang mudah terurai.
“Wargakota juga digalakkan membawa beg atau bekas makanan sendiri serta elakkan dari melakukan pembaziran di bulan penuh keberkatan ini,” katanya. – NasionalDaily
Kongsi berita-berita menarik di Telegram NasionalDaily: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily dan sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami ke 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

