BERITA UTAMA

Polis rakam keterangan dua saksi kes bayi maut dicampak dari kondominium

KUALA LUMPUR – Dua individu telah dirakam keterangan oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi lelaki maut dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling di sini, semalam.

Dua individu itu adalah saksi kejadian, kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini polis belum mengenal pasti suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat ke atas mayat bayi berkenaan akan dijalankan pada jam 2 petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pada Sabtu media melaporkan, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang.

Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sehingga mengakibatkan bahagian kepala pecah. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *