KUANTAN – Kerajaan Pahang mengumumkan waktu bekerja bagi penjawat awam di negeri itu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan ini ditetapkan sehingga jam 12.30 tengah hari.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penetapan waktu bekerja ini selaras dengan titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Katanya, penetapan itu turut melibatkan semua jabatan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.
“Di kesempatan ini, patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mula Tuanku atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kesejahteraan patik-patik sekalian.
“Patik pacal-pacal kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga akan terus beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga Negeri Pahang Darul Makmur demi kemakmuran bersama,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini. – NasionalDaily
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com