BERITA UTAMA

Hidayah Muat Naik Surat Mahkamah, Rupanya Kes Dengan Keluarga Ali Puteh Belum Setel

JANGAN dorong orang ramai muak dan jelek cerita tidak berkesudahan antara Ali Puteh dengan kakak iparnya, Hidayah disebabkan isu yang remeh dan sepatutnya boleh selesai secara kekeluargaan.

Selepas isu Ali membayar semua hutang kakak iparnya minggu lalu, orang ramai termasuk netizen menganggap kes itu sudah selesai dan tidak perlu ‘pecah kepala’ memikirkan kisah mereka berdua.

Namun, hari ini netizen dihidangkan lagi ‘drama’ Hidayah-Ali, yang mana isteri Allahyarham Abam itu dikatakan telah memuatnaik satu surat menerusi aplikasi TikTok, kononnya dokumen mahkamah yang tertera namanya sebagai defendan.

Nama plantif pula dipercayai kakak iparnya, Sharifah Norwahidah Syed Mohd Ridzuan. Selain Hidayah, Syed Mohd Ridzuan, Syed Ali Mubarrak, Mohd Abdul Wahab dan Syed Uthman Hamzah juga sebagai defendan.

Di ruangan kapsyen, Hidayah berdoa semoga dirinya terus diberikan kekuatan dan segala urusan dipermudahkan.

Hidayah bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci kes yang sedang diperkatakan. Apa yang pasti ianya bukanlah mengenai harta pusaka kerana semua sudah mendapat bahagian masing-masing.

Sementara itu, pelawak Ali Puteh ada bersiaran langsung di TikTok mempertahankan dirinya. Ini susulan ada netizen mengkritik Ali selepas Hidayah memuat naik surat mahkamah berkenaan.

Dakwa Ali, Hidayah telah menuntut bahagian tanah (tempat tinggal kakaknya) untuk difaraidkan. Alasannya kerana penama di geran tanah tertulis nama arwah suaminya.

Ali mendakwa lagi, tanah itu dibeli kakak dan arwah Abam semasa arwah masih bujang lagi. Mereka mempunyai bukti surat jual beli di mana separuh tanah dibeli kakak, manakala separuh lagi arwah Abam.

Belum sempat tukar nama, Abam pula meninggal dunia sehingga segala urusan menjadi rumit.

Ali mempersoalkan di mana hati budi Hidayah yang sanggup mengambil tempat tinggal kakaknya untuk difaraidkan.

Pelawak ini mendakwa Hidayah sengaja meraih simpati dengan memuat naik dokumen mahkamah ke TikTok. Sedangkan semasa prosedur berlangsung, Hidayah tidak hadirkan diri kerana bercuti di Pulau Pinang. – Ohmedia.my

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *