BERITA UTAMA

Pemandu excavator maut tertimbus di kawasan lombong

BANTING – Malang tidak berbau. Begitulah nasib menimpa kepada pemandu excavator yang maut akibat tertimbus dalam kerja menggali di kawasan lombong tengah hari ini.

Mangsa bersama jenteranya tertimbus dalam kejadian di sebuah lombong di Jalan Sungai Kelambu, dekat sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tanah runtuh pada jam 12.34 tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, PBK I Zaharul Ezzad Abdul Latiff berkata, pasukannya telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik menerima panggilan.

Katanya, kejadian itu melibatkan runtuhan tanah di kawasan perlombongan dan menyebabkan sebuah jentera excavator dan pemandunya telah tertimbus.

“Pasukan Bomba telah bertindak menjalankan operasi penyelamatan dan telah menemui pemandu tersebut.

“Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun yang telah tertimbus bersama jentera dan telah dikeluarkan oleh pasukan Bomba.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan ambulans daripada KKM,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk and bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *