BERITA UTAMA

SST naik, harga Rumah Mesra Rakyat kekal – SPNB

KUALA LUMPUR – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memberi jaminan tiada peningkatan kos terhadap harga Rumah Mesra Rakyat (RMR) susulan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dinaikkan kepada lapan peratus berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zahanuddin Kamarudin berkata, ini kerana pelaksanaan projek RMR tidak melibatkan aspek konsultasi yang menjadi antara intipati dalam terma pembinaan perumahan di bawah syarikat pemaju swasta.

Katanya, SPNB masih mengekalkan tawaran setiap rumah RMR kepada golongan B40 berharga RM75,000 dengan subsidi dari kerajaan RM20,000. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *